s a n g p e n d u s t a k a l a m
Cahaya.
Hadirlah kamu dalam setiap hembusan nafas sang kerdil ini.
Agar sang kerdil dapat menjadi serupa raksaksa pelangi.
Walau buruk, namun indahnya terpampang jua.
Cahaya.
Bawa aku ke sana.
Moga sinar mu itu mampu silaukan mata
hati ku yg maseh dan sedang tertutup.
Cahaya.
Datanglah padaku,
agar dapat aku rasa hangat diri mu.
Rela aku hangus dalam pangangan terik mu.
Cahaya.
Tanpa mu gelap jalan-jalan aku ke depan.
Suluh jalan ku,
terangi hati ku,
biar panas otak ku yang beku.
current mood: Happy
dari benak ia keluar kesini melalui jejari yang bakal berlari diatas papankekunci. biar asli dan tepu. itu prinsip aku. biar ia habis disini dan jangan di riuh pada keramaian. biar yang tahu sahaja tahu. ini bukan laman komersial. ini hanya penjuru daerah dalam hari-hari aku. tempat aku luahkan kahak amarah ku. taman 'tuk aku semai bahagia hatiku. batu melepaskan air mata ini. sekian.