s a n g p e n d u s t a k a l a m
Apa saja panggilan anda kepada mereka, ia tetap membawa maksud dan erti yang sama. Bagi aku, aku memanggil Mak. Kadangan2 ada la saja2 gatai panggil mummy, mom, ahaks. Selamat Hari Ibu, Selamat Hari Guru dan Selamat Hari Lahir Mak ku, Salmah Bt Ismail yg menyambut hari lahir beliau pada 9 mei lepas, menyambut hari ibu semalam dan bakal menyambut hari guru pada 16 mei ini. Beliau adalah seorang ibu yg terbaik.
Mungkin ibu anda juga adalah ibu terbaik bg anda. bagi aku, aku rasa teramat bersyukur sbb mempunyai seorang ibu yg sentiasa memahami, menyokong dlm apa jua bidang aku ceburi, menasihati aku tak pernah jemu.
Beliau juga seorang guru yg disayangi murid atau Chekgu Fevret di sekolah beliau. Cakap aku bkn sekadar ingin memuji, tetapi ia terbukti pada setiap tahun pasti mak aku akan mendapat berbakul2 hadiah yg diberi oleh muridnya yg masih belajar dan yg sudah tamat sekolah.
Mak aku juga seorang insan yg baik. hatinya selalu baik pada manusia. jika ada 2 penjaja yg menjual barangan yg sama, mak aku akn beli pada penjaja A sedikit, penjaja B sedikit, katanya “Kesian kt depa”. aku terharu dgn perlakuan mak aku sendiri. begitu mulia hati mak aku. Aku harap hati aku akan jadi mcm Mak aku.
Selamat Hari Ibu dan Hari Guru kepada semua Ibu dan Guru seluruh dunia!
sekian.
dari benak ia keluar kesini melalui jejari yang bakal berlari diatas papankekunci. biar asli dan tepu. itu prinsip aku. biar ia habis disini dan jangan di riuh pada keramaian. biar yang tahu sahaja tahu. ini bukan laman komersial. ini hanya penjuru daerah dalam hari-hari aku. tempat aku luahkan kahak amarah ku. taman 'tuk aku semai bahagia hatiku. batu melepaskan air mata ini. sekian.