s a n g p e n d u s t a k a l a m
Sempurna. Itu yang selalu manusia kebanyakan idam-idamkan. Hidup yang sempurna. Pasangan yang sempurna. Hari yang sempurna. Kawan yang sempurna. Apa saja, semua yang sempurna. Pernahkah anda lihat diri anda? Sesempurna manakah anda? Anda sendiri yang menilai. Aku pun tak sempurna. Tapi masih mahukan kesempurnaan. Ada apa dengan sempurna? Mari kita terjah.
Seorang ketua atau pemimpin yang baik juga tidak disenangi malah terkadang dibenci. Kenapa? Kerana beliau tidak sempurna. Kita selalu mendengar kata-kata ini ” aku tak kisah rupa paras, janji hati baik“. Sebenarnya, orang yang ungkapkan kata-kata itu juga mahu pasangan yang sempurna. Siapa yang tidak mahu kesempurnaan? Ah! Anda tipu jika anda kata anda tidak mahu itu. Aku juga mahu, anda juga mahu, yang berada disebelah anda juga mahu, dia juga mahu, mereka semua mahu, kita semua juga mahu, tetatpi, kita akan menafikan kemahuan kita kadang-kadang. Mungkin risau di label cerewet atau seumpamanya
Jadi, jangan-lah kita terlalu mengejar kesempurnaan. Terima apa yang kita ada. Syukuri nikmat Allah yang diberi kepada kita. Aku berpesan kepada aku dan kawan-kawan sekalian.
Sekian.
dari benak ia keluar kesini melalui jejari yang bakal berlari diatas papankekunci. biar asli dan tepu. itu prinsip aku. biar ia habis disini dan jangan di riuh pada keramaian. biar yang tahu sahaja tahu. ini bukan laman komersial. ini hanya penjuru daerah dalam hari-hari aku. tempat aku luahkan kahak amarah ku. taman 'tuk aku semai bahagia hatiku. batu melepaskan air mata ini. sekian.