s a n g p e n d u s t a k a l a m
Ada
Ada suara jeritan dalam
Sungguh dalam
Aku rasa mahu dia keluar dari kedalaman
Tapi dia tersekat
Bukan bermaksud disekat
Tapi biarlah sang jasad dan dia sahaja tahu nilai jeritan.
Aku tercari
Mana siulan unggas semalam
Apa mereka sudah lari
Tak suka disini?
Atau aku
Aku yang salah kerana…
Ah~
Memang salah aku
Mustahil siulan itu hilang tanpa sebab
Atau ia beralih?.
Masalah?
Ya aku hati batu
Ya aku hati buntu
Ya aku bukan yang dulu
Aku sang pelangi
Yang menceriakan seketika
Dan hilang dari alam tanpa arah
Aku juga insan bukan?.
Malam ini
Hati aku serabut
Hati aku kecik
Hati aku hilang
Ia kosong
Kosong dan sakit
Keliru dan buntu
Fikiran terus berlari mencari garis penamat
Tak jumpa.
Apa aku harus pergi?
Atau terus berdiri tanpa jawapan?
Mungkin aku yang patut berlari?
Atau biar aliran mengalir disaliran?
Aku kembali
Kembali pada sang Pencipta
Kembali pada sang Pencinta
Kembali pada sang Pelangi?.
Disini riuh-rendah sorakan peminat bola sepak
Tapi aku rasa sunyi
Tak hirau mereka-mereka yang bising
Sebab aku kosong sendiri.
mood: keliru, celaru, buntu.
dari benak ia keluar kesini melalui jejari yang bakal berlari diatas papankekunci. biar asli dan tepu. itu prinsip aku. biar ia habis disini dan jangan di riuh pada keramaian. biar yang tahu sahaja tahu. ini bukan laman komersial. ini hanya penjuru daerah dalam hari-hari aku. tempat aku luahkan kahak amarah ku. taman 'tuk aku semai bahagia hatiku. batu melepaskan air mata ini. sekian.