Bila aku terjaga, aku di heret oleh dua orang pengawal. Sakit kaki aku sebab aku berkaki ayam. Tempat yang buruk dan berbatu. Tiada tar kah disini? Soal aku sendiri. Selepaskan aku! Rontaan aku tidak di endah. Cis, celaka betul. Tapi aku masih tak faham atas jenanyah apa aku diperlaku sebegini rupa? Aku masih di heret. Tak tahan aku bila aku bernafas. Bau busuk selalu menusuk hidung aku yang tak berhenti bernafas kerana cemas. Busuk badan pengawal barang kali. Macam mana aku tahu 2 orang ini pengawal? Di baju mereka tetera tulisan ‘PENGAWAL’. Ya, dari situ lah aku yakin betul mereka adalah pengawal.

Aku di campak ke dalam bilik hitam. Aku tak pasti bilik itu hitam kerana warna dindingnya atau pun tiada cahaya yang dapat tembus ke bilik itu. Aku berehat sebentar gara-gara penat meronta tadi. Hilang penat aku, terus aku ke pintu besi dan jerit kenapa aku di sini? Jeritan aku percuma. Aku rasa sepi dan seram tempat ni. Aku cuba gigit tangan aku lalu aku menjerit kesakitan. Aku bukan bermimpi. Habislah aku, siapa nak bagi kucing aku makan malam ni. Risau bertambah rindu aku pada kucing kesayangan aku tu. Momon, Jojo mintak maaf sebab tak bagi Momon makan awal tadi. Jojo ingat nak tidur ja.

Hoi~ Terperanjat aku di sergah. Rupanya ada makhluk lain dalam bilik gelap aku tu. Maklumlah, gelap. Apa pun aku tak nampak. Kau siapa? Makhluk tu bertanya. Aku dari golongan manusia. Tempat asal ku bumi, planet ke 3 dari matahari. Satu-satunya planet yang punya kehidupan. Siapa kau? Aku pula yang menyoal. Aku pun orang bumi la bodoh. Aku manusia dan kita masih di planet yang ke 3 dari matahari sama seperti apa yang kau cakap. Balas saudara tadi. Aku fikir aku dah berada di alam lain, takut juga aku.

Siapa saudara dan kenapa kita disini? Itu sahaja soalan kau? Balas saudara tadi. Kau tak nak tanya mana adik aku, aku kerja di mana, bos aku ada potong kwsp untuk aku atau tidak. Kenapa tak tanya lagi? Tambah saudara itu lagi. Marah betul dia kali ni. Aku diam membisu. Takut kena marah lagi. Tiba-tiba saudara tadi menangis dan menceritakan tentang adiknya. Katanya, adik aku dulu sakit. Sakit jantung berlubang. Apa, sakit jatuh lubang? Aku mencelah kerana terkejut dengan nama penyakit itu. Aku kurang dengar sebenarnya. Saudara tadi terus bertanya dengan marah. Kau ni jangan melampau sangat!. Salahkah aku? Aku cuma tak dengar. Ah~ pegi mampos-lah dengan dia.

Aku diam, dia pun diam. Tak ada orang nak bantu kami. Saudara tadi sambungkan ceritanya. Aku orang susah, tak ada saudara mara. Kawan pun tak ramai. Bila adik aku sakit, aku pula tak ada duit. Doktor perlu bedah adik aku segera. Belum sempat aku kumpulkan duit, adik aku dah pergi selamanya. Salah siapa?! Saudara tadi kuatkan kembali suaranya. Aku cuba tenangkan dia, sabar lah saudara. Semua yang hidup pasti akan mati. Cewah, cakap pandai aku ni. Sembahyang pun terhoyong hayang. Saudara tadi diam. Aduh~ tekanan aku dibuatnya. Dari tadi memang aku tak nampak langsung saudara tu. Ah, biar lah. Kalau dia cerita aku dengar. Aku pun ada masalah juga.

Tak semena-mena, bilik gelap tadi telah bertukar ke suatu ruang putih yang luas, tiada sempadan. Aku berlari untuk mencari sesuatu. Mencari arah tuju. Aku nampak cahaya biarpun aku berada di ruangan putih. Aku lari kepada cahaya tersebut. Makin dekat aku dengan cahaya. Hilang cahaya, hilang ruang putih, bilik hitam juga tiada. Momon! Kucing kesayangan aku sedang rebah atas perutku. Tidur dia tenang.

Aku mula bigung lalu membelek tangan aku. Kesan gigitan masih ada. Mimpikah aku tadi? Tak mungkin. Kalau mimpi mesti aku tahu. Malah aku bukan seperti terjaga dari tidur. Tapi, kenapa bilik hitam? Kenapa ruang putih? Macam mana dengan cahaya. Yang menambah kepelikan aku. Kenapa ’saudara’ cerita tentang adiknya? Aku mula mencari jawapan untuk semua soalan tadi…..

p/s: Jika anda ada jawapan, sila beri kepada saya. Terima kasih.