Salam, aku sekarang sedang mengikuti kursus membuat manisan anjuran Maktab Kerjasama Malaysia di Jalan Templer PJ. Ini dah masuk hari yang ke-4 aku kat sini. Sebenarnya kursus ni dikhususkan untuk golongan veteran yang telah pencen dan sedang menjalankan perniagaan produk minuman atau manisan seperti cincau, cendol dan tapai. Tapi memandangkan aku ni freelance, aku pun ikut serta program ini. Best jugak, aku la yang paling muda sekarang. Tahap umur lepas aku 41 tahun dan ke atas.
So, ada la yang jadikan aku anak angkat, dan sebagainya. Walaupun mereka ni ‘orang lama’, tapi semangat untuk maju ke hadapan sangat menyerlah. Mereka ‘orang lama berjiwa muda’
InsyaAllah lepas habis kursus ini aku nak start buat cendol untuk dipasarkan.
Semalam (26hb) aku dapat satu berita gumbira
Datuk Sri menang. Hakhak. Tahniah untuk Datuk Sri kerana menang. Nanti kita lepak2 minum.
moral: jangan kempen guna bahasa cina
Posted 2 months, 3 weeks ago at 10:29 pm. Add a comment
Salam. Berita 9 Ogos lepas membuatkan saya terkejut apabila tajuk berita pada hari itu “Pejabat MB Kedah Beri RM20.00 - Pengawal perlu bantuan rawat cucu hidap leukimia”. Tapi hari ini HarakahDaily telah membetulkan kenyataan dari pihak Metro dan NSTP itu. Untuk berita selanjutnya klik pada link HarakahDaily.
Aku naik hairan. Semenjak Kedah bertukar kerajaan negeri, boleh dikatakan setiap malam ada liputan dekat tv cerita tentang keburukan di kedah. Dulu pun banyak jugak benda tak elok jadi, tapi tak pernah nak buat liputan pun. Munkin sebab ‘mereka’ yang pegang media sekarang ni. Tapi aku bersyukur sebab negeri Kedah tetap aman.
Esok Saudara Anwar dah berkampung di Permatang Pauh. Nantikan kemunculan beliau di pasar, pasaraya, gerai-gerai berdekatan Permatang Pauh.
Sinar Baru Untuk Malaysia…..
p/s: maaf lari tajuk asal.
Posted 3 months, 1 week ago at 3:31 pm. Add a comment
aku pun tak faham, apa yang diaorang takut sangat sampai nak kacau blog-blog yang menetang diaorang. Takut apa ya? Takut rahsia dibongkar? Takut rahsia depa orang awam tau? Apabenda la diorang ni. Lepas Anti-KJ punya blog kena hack, sekarang che det punya pon depa berani buat hal. Penakut betul penyangak negara ni.
p/s: takut kerana salah. banggang betui!
Posted 4 months, 4 weeks ago at 1:22 pm. Add a comment
Salam Hadhari Pak Lah.
Surat ini dari orang kampung. Kami sepakat nak habaq yang kami semua sangat seronok dan bangga sebab ada PM macam Pak Lah ni. Bukan senang nak cari al-ghazali PM macam Pak Lah. Bini segak, otak geliga, keluarga bahagia, faham perasaan rakyat pulak tu. Saya mewakili kaum kampung ni mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pak Lah dengan kenaikan harga minyak baru-baru ni. Zaman Mahathir dulu minyak naik sikit-sikit ja, dia tak pandai. tak geliga macam Pak Lah yang kami sayang ini. Hidup!
Sebelum ni, Pak Lah dah buat macam-macam untuk kami. Koridor hapa benda tak tau yang memang mendatangkan untung untuk rakyat Malaysia. Belipat perutmupaklah kali ganda untungnya kepada KAMI. Pak Lah juga memang perihatin kepada petani-petani. Petani kat sini semua ucap terima kasih sangat-sangat sebab naikan juga harga diesel. Dulu naik lori PickUp. Tapi diorang sekarang dah kayuh gherek (basikal). Badan pun sihat. Baru boleh ubah gaya hidup kami. Hidup!
Lepas ni kami dengar Pak Lah nak buat Masjid Hadhari pulak kan? Memang tokoh Isalam Hadhari betul. Kami rasa sangat bertuah atas pimpinan Pak Lah dan kroni-kroni Pak Lah. Masjid tu nanti boleh kita jemaah beramai-ramai dengan menganut Isalam Hadhari yang lain. Kami sayang pak lah. Hidup!
Pak lah juga seorang yang pandai bergurau dan berjenaka. Malam cakap “Haih, mana ada. Parlimen tak akan dibubarkan dalam masa terdekat. Harap maklum”. Esoknya “Parlimen dibubarkan.Titik.” Agaknya malam tu Pak lah mimpi buruk kot. Betoi ka macam tu? Mimpi kalah 5 negeri ka? 5 negeri yang kalah tu bukan sebab apa. Geng pembangkang semua main rasuah. Kami memang tau Pak lah memang tak pernah rasuah. Sebab tu kami sayang lagi kat Pak lah. “Harga minyak naik bulas ogos”. Kepala bapak dia, kami semua terkejut bila minyak naik 5Jun lalu. Pak lah suka suprise party eh??
Kami pon suka jugak. Hidup!
Pak lah, bila nak balik kampung ni? Ramai orang kampung duk tanya nu. Tak sabaq depa kata nak jumpa. Si Leman anak Lebai Man ada sebelah saya ni, duk asah parang. Nak sembelih kambing tua dia kata. Keluaq kandang berak merata, orang pakat marah abih kat dia. Jahanam punya kambing tua. Suka lena dalam majlis pulak tu. Susahkan orang ramai. Tak dak hati perut. Penyamun harta rakyat tuan. Tak pandai ekonomi.
Maaf Pak lah, melalut pulak. Yang saya tulih tadi bukan kata kat pak lah tau, kata kat kambing tua tu. Hidup!
Untuk Pak Lah, PM Fevret kami.
p/s: warkah ini aku jumpa kat dalam hati aku. 
Posted 5 months ago at 5:05 am. 3 comments
Assalamualaikum.
Semalam aku ada meeting sikit pasal projek baru. Kawan aku ni mengeluh dan terus mengeluh. “Harga kayu naik, bata naik, simen naik, suma-lah naik” kata beliau. “Minyak tu macam ibu barang-barang, sebab tu pakat naik habih” aku kata dekat kawan aku tu. Sembang pasal projek dalam 30minit ja, lepas tu sambung sembang pasal politik la pulak. Kawan aku cakap, Pos Malayisia salah satu kroni en.lah. Mungkin ramai yang sudah tahu, tapi aku baru tahu (lambat sikit aku ni). Kenapa perlu guna wangpos untuk bagi duit subsidi (kononya) kepada rakyat. Begini.
Jika kerajaan guna wang pos, wang pos sendiri akan ada charge sebanyak rm2 (kata kawan saya). Charge tersebut akan dibayar oleh kerajaan. Mana kerajaan dapat duit tu semua? Duit kita jugak. Berapa kenderaan yang bergerak diatas jalan di seluruh Malaysia bumi terchenta ini? 36 Juta (kata kawan saya). Jadi, 36 x 2 bersamaan = 72 Juta.
Wow! 7 keturunan pun makan tak habis. Tapi kalau bagi dekat Sleepy Head, dia guna dalam masa sehari ja
sekian.
Posted 5 months, 1 week ago at 12:24 pm. Add a comment