s a n g p e n d u s t a k a l a m
hati
remuk
tak siapa dengar saat ia kemek
hati
retak
tak siapa perasan dari mana punca
hati
kecai
tak siapa pun terkena serpihan
hati
hujan
tak siapa basah dengan air
hati
bisu
tak siapa faham bahasa isyarat
hati
lesu
tak siapa ambil peduli kenapa
hati
busuk
tak siapa terhidu wangian
hati
batu
tak siapa sentuh keras itu
hati
hati
bila berhati
dari benak ia keluar kesini melalui jejari yang bakal berlari diatas papankekunci. biar asli dan tepu. itu prinsip aku. biar ia habis disini dan jangan di riuh pada keramaian. biar yang tahu sahaja tahu. ini bukan laman komersial. ini hanya penjuru daerah dalam hari-hari aku. tempat aku luahkan kahak amarah ku. taman 'tuk aku semai bahagia hatiku. batu melepaskan air mata ini. sekian.