faredsyauky.com

You are currently browsing the Biz category.

Im Home… ;)

Salam, aku sekarang sedang mengikuti kursus membuat manisan anjuran Maktab Kerjasama Malaysia di Jalan Templer PJ. Ini dah masuk hari yang ke-4 aku kat sini. Sebenarnya kursus ni dikhususkan untuk golongan veteran yang telah pencen dan sedang menjalankan perniagaan produk minuman atau manisan seperti cincau, cendol dan tapai. Tapi memandangkan aku ni freelance, aku pun ikut serta program ini. Best jugak, aku la yang paling muda sekarang. Tahap umur lepas aku 41 tahun dan ke atas. ;) So, ada la yang jadikan aku anak angkat, dan sebagainya. Walaupun mereka ni ‘orang lama’, tapi semangat untuk maju ke hadapan sangat menyerlah. Mereka ‘orang lama berjiwa muda’ :) InsyaAllah lepas habis kursus ini aku nak start buat cendol untuk dipasarkan. ;)

Semalam (26hb) aku dapat satu berita gumbira :) ;) Datuk Sri menang. Hakhak. Tahniah untuk Datuk Sri kerana menang. Nanti kita lepak2 minum. ;)

moral: jangan kempen guna bahasa cina :D

 

Posted 2 months, 3 weeks ago at 10:29 pm.

Add a comment

letih tapi seronok…

Assalamualaikum… Lama sungguh tak jeguk kat sini. Rindu rasa hati. ahaks! :) Aku sebenarnya jadi penternak kambing buat masa ni. Baru 3 minggu aku buat. Bukan senang nak jadi senang kata mak aku. Memang betul, dalam 3 minggu ni pun aku dah boleh rasa penat dan letihnya. Tapi tak apa, seronok bela kambing ni. Aku baru ada 8ekor buat masa ni. Kalau ada sesiapa berminat, boleh la datang melawat. :) ini bukan ajak-ajak kambing ayam, betul ni.

p/s: aku buat dekat area alor star, kedah.

Posted 3 months, 3 weeks ago at 9:27 pm.

2 comments

embekkk!

Assalamualaikum.

9 Julai, aku dapat belajar benda baru lagi. Kali ni membela (bukan membela) kambing. Kandang dah lama ada, cuma kambing ja baru jumpa. So, kepada sapa-sapa nak tengok (belum boleh dijual) boleh contact aku.

Moga aku kuat melangkah pada hari depanku. amin :)

Posted 4 months, 2 weeks ago at 11:01 am.

1 comment

Kerja.Kerjaya.Kejayaan

Kerja. Ada macam-macam kerja dalam hidup ni. Dari buruh ke profesional. Makan gaji, kerja sendiri, pelabur dan usahawan. Ada kerja halal, ada kerja haram. Kita dapat dan mampu memilih kerja yang baik untuk kehidupan yang baik. Kerja yang haram, jahat dan hitam dapat memesongkan kita dari jalan yang betul. Kerja yang bermutu disukai dan kerja yang sekadar melepaskan batuk di tangga tidak akan dipandang. Kerja yang mulia dihormati manakala kerja yang keji dihina. Ada juga kerja yang mulia dihina oleh secebis masyarakat. Mungkin kerana jijik dan kotor. Sedar ataupun tidak, jika tiada orang seperti mereka, kotor-lah Malaysia kita bahkan dunia yang sirna ini.

Kerjaya. Ia datang selepas kerja yang anda sendiri pilih. Kerjaya yang bersambung minat akan membuatkan anda menjadi tekun, rajin dan proaktif. Kerjaya seperti Doktor, Peguam, Pengurus Bank, Pegawai Polis, Akaunten dan pelbagai lagi akan mendatangkan pulangan atau dalam bahasa yang lebih mudah pendapatan yang lumanyan. Pendapatan ini pula dapat menaikan motivasi diri anda supaya lebih tekun dan keras bekerja sebagai apa pun anda. Kerjaya seperti Penternak Kambing, Pengusaha Cendawan dan Penternak Ikan Keli, Peniaga Kain Batik, Penjual Telur Ayam, Pesawah, Penoreh Getah pula ada-lah lebih mencabar kerana ia memerlukan komitmen dan usaha yang lebih berbanding kerjaya yang disebutkan awal tadi. Apabila usaha, komitmen dan risiko tinggi, maka pulangan atau pendapatan akan lebih dan berlipat kali ganda.

Kejayaan. Ia datang dari kerja dan kerjaya yang baik dan teratur. Apa sahaja kerja dan kerjaya anda, asalkan ia baik, teratur, lancar dan berkesan pasti kejayaan menanti di hadapan. Kejayaan bukan bererti anda berjaya selamanya. Anda perlu megawal kejayaan anda dengan berdoa, meminta dariNya agar kejayaan yang DIA berikan akan kekal dan sejahtera

Posted 5 months, 1 week ago at 11:41 pm.

2 comments

Kroni

Assalamualaikum.

Semalam aku ada meeting sikit pasal projek baru. Kawan aku ni mengeluh dan terus mengeluh. “Harga kayu naik, bata naik, simen naik, suma-lah naik” kata beliau. “Minyak tu macam ibu barang-barang, sebab tu pakat naik habih” aku kata dekat kawan aku tu. Sembang pasal projek dalam 30minit ja, lepas tu sambung sembang pasal politik la pulak. Kawan aku cakap, Pos Malayisia salah satu kroni en.lah. Mungkin ramai yang sudah tahu, tapi aku baru tahu (lambat sikit aku ni). Kenapa perlu guna wangpos untuk bagi duit subsidi (kononya) kepada rakyat. Begini.

Jika kerajaan guna wang pos, wang pos sendiri akan ada charge sebanyak rm2 (kata kawan saya). Charge tersebut akan dibayar oleh kerajaan. Mana kerajaan dapat duit tu semua? Duit kita jugak. Berapa kenderaan yang bergerak diatas jalan di seluruh Malaysia bumi terchenta ini? 36 Juta (kata kawan saya). Jadi, 36 x 2 bersamaan = 72 Juta.

Wow! 7 keturunan pun makan tak habis. Tapi kalau bagi dekat Sleepy Head, dia guna dalam masa sehari ja :D

sekian.

Posted 5 months, 1 week ago at 12:24 pm.

Add a comment