hari yang percuma
// October 25th, 2011 // No Comments » // hariku
Salam. Cuti yang kosong tanpa aktiviti membuatkan aku tak tahu nak buat apa. Kemas rumah sudah, masak tak perlu, buat itu sudah, buat ini pun sudah. Menulis, ya menulis salah satu cara menghilangkan keraguan aku tentang masa yang kosong. Aku hampir selesai menunaikan tangungan aku sebagai pelajar. Dengan izin Allah, tengah tahun 2012 tamatlah pengajian aku. Bingung masih aku untuk memilih syarikat untuk aku lanjutkan karya aku ini. Aku mahu syarikat yang menyiar atau menerbitkan rancangan ilmiah atau keagamaan. Bagi aku biar kerja aku nanti adalah ibadat, jelas halalnya dan tak shubhah. Biar kerja aku kelak melahirkan generasi soleh dan taat pada Pencipta.
Hujung minggu aku ada kerja kahwin di Tanah Merah, Pendang. Kawan aku kahwin, kawan lama. Firdaus Shukri nama dia. Seorang yang sangat rajin dan bertangungjawab. Seorang yang belajar ilmu Islam, dan insyaAllah kelak akan mengajarkannya. Tahniah Pidot, dah jadi laki orang dah.
Panas sungguh Alor Setar.

Moga Bahagia Hingga Syurga



