// July 3rd, 2011 // No Comments » // filem, hariku

Alhamdulillah. Semalam 2hb Julai selesai jugak PSA (Public Service Announcement) aku shoot bersama Mahakarya Team dan dua orang pelakon; Aily Rosli & Nana Azmi. Penggambaran bermula jam 9:30 pagi. Kerana task yang diberi singkat masanya, location survey dilakukan pada hari shoot. Haha, aku rasa kerja gila jugak. Kami shoot dekat Damansara Damai area rumah Ricki. Location awal tak jadi sebab banyak kereta lalu lalang. Kami pindah ke lokasi yang baru. Lebih kurang 5minit perjalanan dari lokasi pertama. Alhamdulillah, ada juga lokasi yang sunyi dari kereta.
Kotak rokok yang di custom made kan oleh Faris sangat baik dan menarik. Pada asalnya kotak rokok ni aku cadangkan buat guna kertas warna dan tampal pada kotak rokok, tapi hasil kretif kepala Faris, dia guna cat spray. Nice work brother!
Shot list Ricki yang buat as cenimatographer, dia mesti tahu apa yang terbaik untuk di visualkan. Banyak shot dari Ricki, di bantu juga oleh Faris dalam menjayakan PSA ini.
Farahin sangat bagus dalam tugasnya. Setiap paperwork done by date. Aku sangat suka kerja begini. Sebab tagline “Make it Fast” aku tu memang menunjukan diri aku. Haha. Walau semalam dia lambat sikit, tapi tak jadi masalah sebab dia datang pun kami belum mula.
Terima kasih aku ucapkan kepada Aily & Nana sebab sudi datang walaupun call time pagi. Aku tahu itu sukar, sebab tu aku sangat hargai pengorbanan kalian. Bagi Art Director; Faris Isa dan Cinematographer; Ricki Frances dan Production Manager; Azfarahin terima kasih kerang bagi komitmen yang sangat best. Aku harap, korang pun rasa macam aku rasa. Jika ada tidak puas hati, suarakan dan bincang. Jangan merungut di belakang dan tikam yang lain dari belakang.
Aku baru sudah offline PSA ni. On Thursday will release kot video di Vimeo & Youtube , InsyaAllah