Posts Tagged ‘fared syauky’

Rokok Membunuh – PSA Shooting

// July 3rd, 2011 // No Comments » // filem, hariku

Alhamdulillah. Semalam 2hb Julai selesai jugak PSA (Public Service Announcement) aku shoot bersama Mahakarya Team dan dua orang pelakon; Aily Rosli & Nana Azmi. Penggambaran bermula jam 9:30 pagi. Kerana task yang diberi singkat masanya, location survey dilakukan pada hari shoot. Haha, aku rasa kerja gila jugak. Kami shoot dekat Damansara Damai area rumah Ricki. Location awal tak jadi sebab banyak kereta lalu lalang. Kami pindah ke lokasi yang baru. Lebih kurang 5minit perjalanan dari lokasi pertama. Alhamdulillah, ada juga lokasi yang sunyi dari kereta.

Kotak rokok yang di custom made kan oleh Faris sangat baik dan menarik. Pada asalnya kotak rokok ni aku cadangkan buat guna kertas warna dan tampal pada kotak rokok, tapi hasil kretif kepala Faris, dia guna cat spray. Nice work brother! :)

Shot list Ricki yang buat as cenimatographer, dia mesti tahu apa yang terbaik untuk di visualkan. Banyak shot dari Ricki, di bantu juga oleh Faris dalam menjayakan PSA ini.

Farahin sangat bagus dalam tugasnya. Setiap paperwork done by date. Aku sangat suka kerja begini. Sebab tagline “Make it Fast” aku tu memang menunjukan diri aku. Haha. Walau semalam dia lambat sikit, tapi tak jadi masalah sebab dia datang pun kami belum mula.

Terima kasih aku ucapkan kepada Aily & Nana sebab sudi datang walaupun call time pagi. Aku tahu itu sukar, sebab tu aku sangat hargai pengorbanan kalian. Bagi Art Director; Faris Isa dan Cinematographer; Ricki Frances dan Production Manager; Azfarahin terima kasih kerang bagi komitmen yang sangat best. Aku harap, korang pun rasa macam aku rasa. Jika ada tidak puas hati, suarakan dan bincang. Jangan merungut di belakang dan tikam yang lain dari belakang.

Aku baru sudah offline PSA ni. On Thursday will release kot video di Vimeo & Youtube , InsyaAllah :)

Isra’ dan Mi’raj

// July 1st, 2011 // No Comments » // info islam

Salam pembaca sekalian. Hari ini aku nak menyentuh tentang satu hari di bulan Rejab. Peristiwa yang sangat istimewa yang telah berlaku pada Rasulullah dua tahun sebelum hijrah. Peristiwa yang mana bermulanya di syariatkan solat. Peristiwa yang di anggap dogeng oleh munafik munafik dan kafir di zaman Rasulullah iaitu lah Isra’ dan Mi’raj.

Apa yang di maksudkan dengan Isra’ ?

Perjalanan dari Mekah ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis. Ketika itu Rasulullah s.a.w berbaring-baring bersama Saidina Hamzah dan Saidina Ja’afar di Hijr Ismail (Masjidil Haram),  tiba-tiba datang malaikat Jibril dan Mikail mengangkat Baginda ke telaga Zamzam.

Di sana Rasulullah s.a.w ditelentangkan dan berlakulah pembedahan di mana dada Baginda dibedah untuk dikeluarkan hatinya dan dicuci dengan air zamzam. Kemudian dimasukkan semula bersama unsur ruhani iman dan hikmat. Setelah itu dadanya dijahit dan dimatrikan dengan khatimin nubuwwah.

Selesai Rasulullah s.a.w menjalani operasi pembersihan jasmani dan rohani, Baginda dipersilakan oleh Jibril untuk menunggang sejenis kenderaan yang amat canggih iaitu Buraq sehingga sampailah di suatu tempat bernama Thaibah (Madinah). Di sini Jibril menyuruh Rasulullah s.a.w berhenti untuk melakukan solat dua rakaat dan memberitahu di sinilah kelak Baginda akan melakukan hijrah.

Kemudian perjalanan diteruskan lagi hingga sampai di satu tempat iaitu Bukit Tursina, iaitu tempat di mana Nabi Musa menerima wahyu. Di sini Rasulullah s.a.w berhenti untuk melakukan solat dua rakaat.

Perhentian seterusnya ialah di Baitul Laham, tempat kelahiran Nabi Isa, di mana Rasulullah s.a.w sekali lagi mengerjakan solat.

Selepas menyaksikan pelbagai jenis panorama, akhirnya sampailah mereka di Baitul Maqdis. Di sana telah menanti satu jemaah para nabi terdahulu. Rasulullah s.a.w solat tahiyatul masjid dan Jibril menyuruh Baginda mengimami solat bersama barisan nabi terdahulu.

Kemudian Rasulullah s.a.w dihidangkan dengan tiga gelas minuman berisi susu, arak dan madu. Baginda memilih gelas berisi susu, minuman fitrah manusia. Selesai upacara Isra’ disini.

Apa pula yang di sebut dengan Mi’raj?

Mi’raj adalah perjalanan Rasulullah dari bumi (Baitul Maqdis) menuju langit hingga ke Sidratul Muntaha.

Setiap kali melalui lapisan langit, Jibril memberi salam dan sebaik Malaikat penjaga langit membuka pintu, Baginda diperkenalkan dengan nabi yang sedia menunggu di situ. Kesemua nabi mendoakan kesejahteraan ke atas Rasulullah s.a.w.

Dalam perjalanan, Rasulullah s.a.w diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa simbolik yang ganjil-ganjil.

Setiap kali melihatnya, Jibril menerangkan hakikat sebenar peristiwa tersebut. Di antaranya adalah:

  • Jin Ifrit membawa obor (api) sambil mengejar Nabi dari belakang
  • Malaikat Jibril ajarkan doa menangkis serangan jin. Apabila Nabi membacanya, jin tersungkur
  • Sekumpulan manusia memecahkan kepala sendiri. Apabila bercantum dipecahkan lagi tanpa henti
  • Balasan bagi orang yang tidak mengerjakan sembahyang
  • Sekumpulan manusia memakai cawat dihalau untuk makan buah berduri yang amat pahit atau api neraka
  • Balasan bagi mereka yang tidak mengeluarkan zakat
  • Sekumpulan manusia dihidangkan dengan 2 mangkuk berisi daging masak dan daging mentah yang busuk. Mereka memilih daging mentah
  • Gambaran manusia yang berzina sedangkan mereka mempunyai pasangan yang sah.
  • Beberapa orang tidak berdaya mengangkat seberkas kayu tetapi menambahkan lagi bebanan
  • Gambaran orang yang diamanahkan sesuatu tugas, walaupun tidak mampu melaksanakannya tapi menerima amanah/tugas lain.
  • Beberapa orang menggunting lidah dan bibir sendiri dengan gunting besi. Apabila bersambung, digunting lagi tanpa henti
  • Perbandingan orang yang menyuruh orang lain berbuat baik tapi dia sendiri tidak melakukannya.
  • Sekumpulan orang berkuku tembaga menggaru muka dan dadanya sendiri sehingga habis daging, namun masih menggaru lagi
  • Gambaran orang yang mengumpat dan membuka rahsia orang kepada orang lain serta menjatuhkan maruah mereka.
  • Seekor lembu keluar daripada satu lubang yang sempit, kemudian cuba masuk semula ke lubang itu tetapi tidak boleh
  • Gambaran pasangan lelaki dan perempuan asing berbual perkara lucah, kemudian menyesal tapi tidak mampu menarik perkataannya.
  • Seorang lelaki datang dari arah kanan Nabi meminta Nabi berhenti seolah-olah hendak bertanya sesuatu
  • Seruan orang Yahudi. Jibril menerangkan jika Nabi melayan, nescaya ramai umatnya menjadi Yahudi
  • Seorang lagi datang dari arah kiri merayu Nabi supaya berhenti
  • Seruan orang Nasrani menghalang sebaran Islam
  • Seorang wanita dengan perhiasan yang sarat meminta Nabi berhenti
  • Gambaran tipu daya dunia. Jika Nabi menjawab ramai akan terpesona dengan keduniaan.
  • Orang tua duduk di tepi jalan seraya menyuruh Nabi berhenti
  • Seruan Iblis cuba menghalang usaha dakwah
  • Seorang wanita bongkok tiga menahan Nabi untuk bertanya sesuatu
  • Gambaran umur dunia yang sangat tua dan tunggu saat untuk kiamat
  • Nabi tercium bau yang amat harum
  • Tempat Mashitah dibunuh kerana mempertahankan keimanannya sehingga dia dan keluarga menjadi mangsa kepada Firaun.
  • Kayu merentangi jalan sehingga menyukarkan orang lalu-lalang
  • Gambaran orang yang suka berpeleseran dan melepak
  • Sekumpulan orang berenang dalam sungai darah. Mereka dilempar dengan batu. Batu-batu itu diambil dan dimakannya
  • Gambaran orang yang makan riba’
  • Sekumpulan manusia menanam gandum. Sesaat kemudian berbuah dan dituai.
  • Gambaran orang yang suka membelanjakan harta untuk perjuangan menegakkan kalimah Allah.

Dalam perjalanan Mi’raj dari Baitul Maqdis naik hingga ke Sidratul Muntaha melalui tujuh lapisan langit, Rasulullah s.a.w berjaya menempuh pelbagai ujian dan rintangan sehingga ke Mustawa. Di sini Malaikat Jibril berhenti kerana tidak mampu melangkah lebih jauh lagi.

Rasulullah s.a.w meneruskan perjalanan bersendirian hingga ke ‘Arasy. Inilah kemuncak yang paling agung, di mana Baginda menerima perintah solat 50 waktu sehari semalam.

Atas nasihat Nabi Musa, Rasulullah s.a.w merayu kepada Allah untuk dikurangkan sehinggalah menjadi 5 kali sehari semalam. Inilah mukjizat terbesar yang dikurniakan kepada Baginda sebagai satu pengiktirafan Allah kepada Nabi dan Rasul teragung sepanjang zaman.

Pelbagai pengajaran dan pelajaran yang kita dapat dari pengalaman Rasulullah ini. Adakah kita sedar bahawa kita ini ummat Nabi Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam? Kenapa kita masih mengingkari apa yang Nabi ajarkan? Kenapa masih kita keras dengan ego syaitan yang terbatu di hati kita? Perkara yang pertama nanti juga yang Allah akan soal adalah solat.  Kalau baik solatnya, maka baiklah amalan yang lain. Jangan kita memandang ringan tentang azab Allah. Yang buruk dari kelemahan aku dan yang baik semua dari Allah jua. DIA lah tempat aku kembalikan segala puja dan pujian.

wallahu’alam.

Mahakarya Media Group

// June 30th, 2011 // No Comments » // filem, hariku

Salam semua. Baru baru ini aku dapat mencari beberapa individu untuk dijadikan satu team produksi untuk melakukan filem pendek dan apa saja tentang filem. Kami baru dan masih belajar, jadi kelengkapan dan pengalaman masih sedikit. Tapi kami akan teruskan karya kami dengan kesungguhan. Yang terdekat, kami akan buat satu Pesanan Khidmat Masyarakat tentang ROKOK. Smoking Kills. Yeah! Jadi, mari kita lakukannya dengan ghairah!

sinematografi

// February 23rd, 2011 // No Comments » // filem

sinematografi

Sinematografi adalah bahasa filem.
Sebahagian besar dari kita menganggap, seorang Pengarah ialah Sinematografer. Pada dasarnya ia adalah tentang cara mengawal lampu dan juga penggunaan kreatif kamera, dan orang yang memegang tanggung jawab ini adalah Pengarah Fotografi (Director of Photography) juga disebut sebagai DP. Ia juga boleh dikatakan seperti orang tengah antara Pengarah dan Operator Kamera.
DP bekerja sangat rapat dengan Operator Kamera, Pembantu Kamera, Grips dan juga Kru Elektrik.
Sinematorafer menggambarkan kata-kata Penulis ke dalam gambar.
Beliau juga seseorang yang pakar dalam kawalan kamera dan komposer frame.
Tugas yang paling penting bagi seorang Sinematografer adalah mengekalkan kretiviti skrip dan menghidupkan skrip tersebut di samping memenuhi visi Pengarah; membawa sesuatu yang dramatik dalam skrip yang ditulis.
Kualiti yang anda perlukan sebagai Sinematografer bukanlah hanya untuk melihat ke dalam view finder kamera sahaja, tetapi anda juga memerlukan otak yang baik untuk kreativiti dan imaginasi. Anda juga akan memerlukan beberapa pengetahuan tentang Kimia dan Fizik, dan hampir semua kemampuan untuk memimpin dan mendengar diperlukan. Sinematografer akan memberikan penonton peluang untuk memasuki dunia dan dimensi baru.

saf dalam solat

// January 12th, 2011 // 1 Comment » // info islam

Assalamualaikum. Salam untuk saudara saudaraku yang beriman. Jumaat lepas waktu solat Jumaat aku agak berkecil hati, tersentak dan kecewa. Bila Khatib menyebut “akhimisshalah”, dirikan lah solat. Lalu berebut rebutlah manusia yang diluar masjid masuk kedalam. Gembira aku kerana masih ramai yang berebut untuk duduk didepan. Bila tiba di tempat akan aku solat itu aku rapatkan diri dan kaki aku dengan jemaah sebelah kanan aku. Aku beri isyarat pada saudara sebelah kiri aku supaya lebih dekat dan jangan jarakan tempat berdiri untuk menghadap Allah. Tapi dia seperti tidak endahkan isyarat aku. Lalu aku centerkan kedudukan aku, buka kan kaki lebih luas. Tapi masih tak sampai, malah kedua-dua sahabat aku tadi jadi tidak rapat. Aku risau akan memutuskan saf di situ, akhirnya aku rapatkan semula diri aku dengan sahabat sebelah kanan aku. Aku tak faham kenapa yang sebelah kiri tu tak mahu rapat. Agaknya dia ada share ngan iblis kot. Tak pun iblis yang rasuah dia. Maklumlah, zaman sekarang rasuah memang berleluasa. Mari kita tengok apa yang perlu sangat dengan rapatkan saf ni. Bagi mereka yang tak tahu fadhilat rapatkan saf, jom kita berkongsi info ini.

1. Ia merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kesempurnaan solat.

Sabda Rasulullah: Luruskan saf kamu, kerana meluruskan saf merupakan sebahagian kesempurnaan solat. (Riwayat Muslim).

2. Ia adalah faktor yang boleh menyatukan hati umat Islam.

Sabda Rasulullah: Luruskan saf solat kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (dalam mendirikan saf), akan tercera-berai hati kamu. (Riwayat Muslim).

Sabda Baginda lagi: Tegakkanlah saf-saf kamu sekalian sebanyak tiga kali, demi Allah (kamu diperintah agar) merapatkan/meluruskan saf-saf kamu, atau Allah akan mencerai-beraikan hati kamu. (Riwayat Abu Daud).

Menurut Syaikh Abu Ubaidah Masyhur:
“Dalam perintah meluruskan dan merapatkan saf merupakan unsur pendekat jiwa yang akan menjalinkan hubungan persaudaraan dan keinginan saling menolong. Bagaimana tidak! Bukankah bahu si miskin berhimpitan dengan bahu si konglomerat, kaki si kuat melekat dengan kaki si lemah. Dan semuanya berada dalam satu saf, bagaikan bangunan yang tersusun sangat rapat.”

3. Ia dapat menghindari gangguan syaitan ke atas orang yang bersolat.

Sabda Rasulullah:
Rapatkanlah saf kamu sekalian, dekatkanlah antara saf, tegakkanlah tengkuk kamu. Demi Zat yang jiwaku berada dalam genggaman Tangan-Nya, sesungguhnya aku melihat syaitan menyusup di celah-celah saf seperti anak kambing. (Riwayat Abu Daud).

4. Allah mencintai mereka yang menyempurnakan saf.

Sabda Rasulullah:
Tidak ada suatu langkah yang sangat dicintai oleh Allah daripada langkah seseorang hamba untuk menyambung (menyempurnakan) saf (dalam solat). (Riwayat Abu Daud).

5. Ganjaran pahala yang besar bagi mereka yang menyempurnakan saf di dalam solatnya.

Rasulullah bersabda:
Orang yang paling baik di antara kalian adalah seseorang yang paling lembut bahunya di dalam solat, tidak ada suatu langkah yang pahalanya lebih besar daripada langkah seseorang yang melangkah untuk menutup celah dalam saf. (Riwayat Thabrani).

6. Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada mereka yang menyempurnakan saf dalam solat.

Sabda Rasulullah : Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama. Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana dengan yang kedua.” Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama. Para sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah, bagaimana dengan yang kedua.” Rasulullah menjawab: Ya, juga bagi saf kedua. (Riwayat Ahmad).

Ini pula adalah cara yang salah dalam merapatkan saf

Ini pula adalah cara yang salah dalam merapatkan saf

seruan kebangkitan!
muhammad fared syauky

antara dua sujud

// January 10th, 2011 // 4 Comments » // info islam

Assalamualaikum. Harapan anda sihat bersama tersayang. Aku mula bertanya pada diri kerdil ini. Apa mampu manusia solat dengan pantas? Aku tak hairan sepantas kilat sekalipun sesorang itu solat. Kehairanan aku bermula bila aku bertanya, kenapa dia solat? untuk apa dia solat? soal diterima atau tidak bukan bidang kuasa aku.

Mari kita lihat, mengapa kita solat sehari semalam 5 waktu.

“Dan tidaklah AKU menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU” (Adz Dzariyat : 56)

“ Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (Al-Ankabut : 45)

Kita sebagai hambaNya perlu solat tidak kira bertapa susah keadaan kita. Jika tidak dapat berdiri, maka duduklah. Jika uzur tidak dapat duduk, maka baringlah. Jika tidak dapat bergerak sama sekali, maka gunakanlah mata. Perkara utama yang di soal pada hari akhirat adalah solat. Kalau baik solatnya, akan diperlihat amalan yang lain. Kalau buruk solatnya, sesungguhnya, azab Allah amatlah pedih. Khusyuk didalam solat adalah penting untuk memastikan solat yang berkualiti. Solat yang berkualiti dapat mendekatkan kita dengan kemanisan dalam beribadat. Jika kita teliti makna bacaan dalam solat, sedikit sebanyak dapat kita khusyukan solat kita.

Dalam solat kita seharian, tidak dapat tidak kita akan melalui langkah ini dalam solat. Langkah yang disebut sebagai “duduk diantara dua sujud”. Saudaraku, sangat ramai yang tidak faham ataupun tidak tahu tentang bacaan dalam duduk antara dua sujud itu. Bacaan pada waktu ini adalah satu satunya waktu untuk berdoa pada Allah dalam solat kita. Aku suka untuk singkapkan perihal begini. Setelah sujud yang pertama, bangun dan duduklah dengan sempurna, lalu membaca:

“Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)”

Diam sejenak, hayatilah maksud ini semasa membuat bacaan.
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan.

Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

“Warhamni (sayangi aku)”

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih sayang Allah yang tak terhitung besarnya.
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup.

Kemudian, berturut turut sampaikanlah permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.

“Wajburnii (tutuplah aib-aibku)”

“Warfa’nii (angkatlah darjatku)”

“Warzuqnii (berilah aku rezeki)”

“Wahdinii (berilah aku petunjuk)”

“Wa’Aafinii (sihatkan aku)”

“Wa’fuannii (maafkan aku)”

Setelah selesai, diamlah sejenak, kemudian lahirkan rasa syukur kita kepada Allah.

Adakah terlalu menyusahkan walaupun meminta untuk diri sendiri? Luangkan masa mu dengan Allah.
Dalam 24 jam yang Allah beri, gunakanlah sebaiknya masa yang diberi. Luangkan masa mu dengan Allah.
Jangan kamu sombong dengan merasa sudah cukup dan tak perlu meminta pada Allah. Luangkan masa mu dengan Allah.

seruan kebangkitan!
muhammad fared syauky