tahun tahun yang lalu…

// June 30th, 2011 // hariku

Dua tahun lalu, 30hb Jun, sama macam pagi ini. Aku sibuk menghantar pesanan ringkas buat kawan kawan yang aku kenali tak kira rapat ataupun tidak. Satu pesanan ringkas yang merayu untuk mendoakan kesihatan ibunda aku kerana beliau terlantar di Hospital Kulim ketika itu. Hari itu adalah hari ke-3 ibunda berada di hospital itu.

Pagi itu hati aku serba tak kena. Tapi tak terlintas langsung dari benak ku akan kehilangan seorang ibu yang amat aku kasihi. Dulu aku ada menulis entri “Surat buat Mak”, tetapi entri itu sudah lenyap bersama ratusan enrti lain kerana masalah teknikal. Dua tahun aku jalani hidup tanpa seorang ibu yang dulunya banyak memberiku semangat untuk terus hidup. Tatkala perginya ibuku yang ku panggil Mak, aku bagai menanggung berguni pasir. Hidupku tak ada arah. Aku terus hanyut dalam khayalan yang di buai dek syaiton yang busuk dan hanyir.

Alhamdulillah, setelah aku sedar, aku mengerti, bahawa setiap nafas yang aku hembus ini, membawa aku dekat dengan sang Pencipta. Membawa aku dekat dengan Mak dan Abah. Aku akan jadi lebih kuat dari semalam kerana, hari hari ku di temani oleh seorang yang akan selalu memberi semangat kepada ku seperti Mak dahulu. Walau hakikatnya dia bukan Mak, tapi dia lah bakal isteriku. Orang yang akan ada sentiasa dengan aku untuk jalani lorong lorong dunia yang kadang sempit dan berliku. Aku bersyukur. Sangat bersyukur kerana setelah Allah beri satu per satu ujian, aku telah laluinya dengan senyuman. Anda bagaimana?

One Response to “tahun tahun yang lalu…”

  1. aku says:

    semoga ALLAH menyayangi kedua-dua orang tua kita…

Leave a Reply