alhamdulillah

// March 13th, 2011 // hariku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala Puji Bagi Allah; Tuhan Seluruh Alam. Selawat dan Salam Atas Junjungan Rasulullah serta para sahabat dan ahli keluarganya. 12hb Mac 2011, telah berlangsungnya majlis pertunangan ku dengan pasangan; Ramziah Mohamed di rumahnya di Ipoh, Perak. Rombongan yang terdiri dari Paklang Non, Paksu Burn dan famili, Makndak Ta, Makcik Aida, Pakcik Ad, Emon, Bangmi, Maksu Iza dan famili, Yeh dan famili, Mat, Jat dan Yis. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada Maklang Shida kerana telah menghias bekas hantaran dengan amat cantik, juga kepada Toksu Tun yang telah menggubah Sirih Junjung buat pasanganku. Juga pada Paksu Burn yang telah menyediakan tempat menginap untuk kami berteduh.Tak lupa juga buah-buahan yang di taja oleh Izzat Iliasaq dan cokelat yang di taja oleh Illia’azar, kek ‘selamat bertunang’ dari Maksu Iza. Terima kasih semua. Kepada pihak pasangan saya, jutaan terima kasih kerana menerima pinangan keluarga saya sekaligus telah menerima saya sebagai sebahagian dari keluarga kalian, saya sangat sangat menghargai itu. Harapnya, selepas ini dapatlah kita kembangkan lagi keluarga kita.

p/s: gambar akan menyusul kemudian di facebook saya atau pasangan saya dan juga flickr saya. terima kasih :)

One Response to “alhamdulillah”

  1. Iyas says:

    kak emi dan anak2, terutama aiman yang semakin cerdik.. hehe :D

Leave a Reply