cerita saya
kalam yang berguna adalah perisai yang kukuh untuk di guna dalam kesulitan. ilmu yang berguna adalah senjata yang sangat padu untuk menentang musuh di mana jua. ide yang bernas adalah jauh lebih hebat dari senjata. manusia yang mengikut resmi padi “makin berisi makin tunduk” akan lebih di segani dari manusia yang hidup seperti lalang “ditiup ke kiri maka kiri lah, terus menegak, walau tiada gunanya”.
aku seorang pelajar sebuah sekolah filem di ibu kota. aku meneroka setiap garis kehidupan. mengutip serpihan kaca dari jendela yang eksklusif tinggalan jutawan senyuman. aku mahu terbang dengan sayap aku sendiri. lukis pelangi pada awan dengan tangan ku sendiri. siram air takungan pada manusia dengan ide ku sendiri. biar ia asli dan tepu, itu perinsip aku. persetan dengan mulut manusia. mereka bisa berkata dan terus mengata. aku? tetap akan begini dan terus. aku bukan anak seni, tapi lahirku begini.



