Aku hidu wangian yg datang entah dari mana.

Tusuk langsung ke hidung ini.

Cuba aku mencari berkali tapi gagal.

Aku cuba bayangkan jenis wangian itu, ternyata aku hanya melepaskan masa.

Rusuk sakit. Sakit lagi hati kawan si rusuk.

Kaki masih jalankan tugasnya.

Begitu juga mata, liar memerhati di seluruh pelusuk ruang yg mampu di intainya.

Mulut masih membisu dari asalnya. Terseksa rasanya derita ini.

Telinga pekak bukan azali. Ia secara langsung saat tangan menghayun laju jejari masa.

Aku pandang cahaya hijau kadang kala kuning. Cuba aku tafsir ia cahaya untuk aku keluar.

Seperti biasa, percuma usaha aku. Kecewa hati kecil ini. Tabah si hati besar.

Kala tangan menjahat atas arahan akal yg menurut segala kata hati, binasa sang badan yg tak pernah tahu apa salahnya.

Puncak waktu kisah ini di akhiri dengan badan yg rosak.

Berpunca dari hati yg ikut nafsu, dari jiwa yg kosong lalu diisi dengan gelap jahat, dari minda yg tiada percaya akan pembalasan,

dari mulut yg sentiasa bermegah dengan sedikit kejayaan, dari tangan yg tak berotak bedal apa didepannya,

dari kaki yg tak tahu ke mana arah tujunya,

dari diri yg tak mahu pulang ke jalanNya…