s a n g p e n d u s t a k a l a m
waktu aku berjalan
aku toleh ke belakang
mak kata “jangan, nanti tak nampak apa di depan”
aku toleh depan dan aku pandang lurus
mak kata “jangan lupa tengok bawah”
bila aku tengok bawah terus
mak kata “jangan macam tu, tengok atas sama”
tersentak aku kembali nyata.
aku cuba fikir apa maksud semua itu.
kalau kita selalu toleh ke belakang, kita tidak akan jalan ke hadapan. langkah kita terhenti. kata-kata terhenti. nafas terhenti. cita terhenti semuanya jadi berhenti. kalau kita terus toleh bahaya mendatang di depan tak kita nampak.
kalau kita terus pandang sesama kita, orang di bawah kita akan lupa. tak endah pada mereka. tak rasa sengsara mereka. tak jiwai perit mereka. pandanglah yang berada di bawah bersama pandangan kasih. moga mereka berjalan seiring kita. agar mereka berlari sepantas kita.
kadang kala, kita perlu pandang yang lebih tinggi. untuk maju dan terus maju. orang yang berguna dan berjaya adalah esok mereka lebih baik dari hari ini. kalau kita terus berjalan kita tidak akan berada di garis mula lagi. kita harus pantas. lari jangan terlalu laju. takut-takut tersadung di batu menghempap ke tanah.
dari benak ia keluar kesini melalui jejari yang bakal berlari diatas papankekunci. biar asli dan tepu. itu prinsip aku. biar ia habis disini dan jangan di riuh pada keramaian. biar yang tahu sahaja tahu. ini bukan laman komersial. ini hanya penjuru daerah dalam hari-hari aku. tempat aku luahkan kahak amarah ku. taman 'tuk aku semai bahagia hatiku. batu melepaskan air mata ini. sekian.
vogue
March 24th, 2010 at 8:44 am
jangan lari laju2.nanti orang x boleh ikut.kihkihkih