Ibadat Qurban

Ibadat Qurban

Jam di dinding hijau bilik aku menanda tepat pada 2.23 pagi waktu tempatan. Sepi malam ni, mana cengkerik yang selalu ganggu halwa telinga aku. Aku duduk di bangku buruk yang abah buat dengan kudrat dan ilhamnya sendiri. Masih empuk bangku ini. Agak lama aku tak labuhkan punggung di bangku ini. Gelap malam ini. Aku ambil sebatang rokok dari bekas logam yang baru aku beli semalam. Aku nyalakan api dan mula ‘berasap’. Dalam aku hilang sekidit rialiti, aku colek memori lalu. Memori aku bersama sebuah keluarga.

Esok Raya Aidiladha. Selalunya, malam-malam macam ni Mak akan buat kuah kacang untuk aku sental dengan ketupat. Tak sempat esok aku dah sental malam-malam camni. Esok Mak bukak periuk, dah separuh masuk dalam usus aku. Kadang-kadang ada resipi tambahan macam ayam masak merah & daging atau ayam sate. Sarung kerusi yang wajib setiap kali musim raya. Tukar langsir, ubah posisi prabut, kadang-kadang cat balik dinding yang dah suram. Aku mesti akan gaduh dengan adik aku. Topik gaduh macam-macam hal. Pening kepala Mak. Meriahnya waktu macam tu.

Esok Raya Aidiladha. Selalunya pagi-pagi Mak kejut “Bagun! Mandi sunat hari raya. Baju ada dekat pintu. Butang dalam laci. Pakai lebai/songkok. Ambil duit derma masjid” Tapi esok, tak ada orang nak ingatkan aku lagi macam tu. Aku dah kena buat sendiri semuanya. Aku akan hadapi dengan senyum walau hati tak setegar gunung nan tinggi. Aku bukan lagi anak kecil yang perlu di beri muka, tapi sekarang aku yang harus memberi muka.

Esok Raya Aidiladha. Ingat lagi dulu, Abah bawak aku dengan abang-abang pergi ke tempat sembelihan kurban. Banyak lembu kat situ. Abah tunjukan aku lembu putih, baik, jinak. Abah cakap “nak cari binatang kurban, cari yang macam ni”. Aku mengangguk sahaja. Tiba giliran lembu kami untuk di kurbankan. Algojo membaca doa dengan kalimah Allah mata pisau terus menghinggap ke halqum sang kurban. Aku terharu dengan pengorbanan yang Allah tetapkan. Suci agamaMu ya Rab!. Menangis aku tika itu. Abah nampak aku ” Yed, jagan teriak. Tak baik”. Kenangan dan pengalaman tak dapat aku tebus walau matahari aku gadaikan.

Esok Raya Aidiladha. Aku nak pegi ziarah Mak, Abah dengan Tok. Padang yang menghimpunkan semua yang tak bernafas. Padang yang sentiasa memanggil kita. Memanggil aku.

Rokok ke lima dah habis. Jam menunjukan 3.13 pagi waktu tempatan. Mata aku berat sangat. Aku ke tandas, cuci muka, gosok gigi, tido. Selamat Hari Raya Aidiladha kepada anda semua. Cari ceria dalam hidup, tambah senyum setiap hari.