s a n g p e n d u s t a k a l a m
Kalau rindu itu kertas.
Biar ia melayang padaku
Senang aku lipat
Simpan baik-baik dalam poket hati
Kalau rindu itu air.
Biar aku sedut
Rela aku buncit
Biar orang tahu aku Buncit Rindu
Kalau rindu itu sang mentari
Biar aku pandang
Kalau buta sekali pun aku puas
Asalkan dapat aku lihat ia
Kalau rindu itu angin
Biar aku hirup udaranya
Tak akan aku lepas lagi
Biar sesak nafas ini
Rela aku mati untuk itu
Kalau rindu itu kamu
Biar sejuta jiwa merebutmu
Aku rela menjadi satu dalam mereka
Biar aku terseksa
Biar aku dimurka,
Biar aku hilang segalanya
Yang aku tahu
Aku mahukan rindu itu;
Kamu.
Rinduku. Kasihku. Jiwaku.
dari benak ia keluar kesini melalui jejari yang bakal berlari diatas papankekunci. biar asli dan tepu. itu prinsip aku. biar ia habis disini dan jangan di riuh pada keramaian. biar yang tahu sahaja tahu. ini bukan laman komersial. ini hanya penjuru daerah dalam hari-hari aku. tempat aku luahkan kahak amarah ku. taman 'tuk aku semai bahagia hatiku. batu melepaskan air mata ini. sekian.
vogue
March 24th, 2010 at 8:26 am
rindu mak
rindu ayah
rindu adik beradik
rindu kawan2
rindu semua…
rindu seorang manusia