s a n g p e n d u s t a k a l a m
Fuh. Hidup sangat kejam. Aku lukakan sekeping hati yg terlalu sayangkan aku. Aku terpaksa. Bagi aku biar hatinya terluka hari ini daripada hatinya hancur di telan waktu. Aku dah tak boleh nak teruskan. Mencintai seseorang tidak perlukan sebarang sebab dan alasan. Sama juga untuk melepaskannya, tidak perlu sebab dan alasan. Mungkin dia tak dapat terima apa yg berlaku. Terus terang aku cakap sakit sangat batin ini dengan kelakuan aku. Tapi aku mesti buat. Kalau tak sekarang, nanti. Benda yg sama.
Awak, bukan saya tak nak bagi awak peluang. Tapi saya kosong. Hati saya dah tak ada. Untuk sesiapa pun. Mungkin betul kata awak, semangat dan hati saya pergi bersama arwah mak. Saya harap awak dapat lupakan orang macam saya. Saya nak kejar cita-cita saya. Mungkin lagi 10 tahun, siapa tahu kan? Maafkan saya dan saya harap kita dapat jadi kawan lagi. Saya tak buang awak. Saya nak awak tahu itu. Saya tak sekejam itu nak buang awak. Ya, 2 tahun bukan jangka waktu yg sebentar. Saya mengerti itu.
Saya harap awak dapat jumpa lelaki yg lebih baik nanti…
dari benak ia keluar kesini melalui jejari yang bakal berlari diatas papankekunci. biar asli dan tepu. itu prinsip aku. biar ia habis disini dan jangan di riuh pada keramaian. biar yang tahu sahaja tahu. ini bukan laman komersial. ini hanya penjuru daerah dalam hari-hari aku. tempat aku luahkan kahak amarah ku. taman 'tuk aku semai bahagia hatiku. batu melepaskan air mata ini. sekian.
Mr Bugss
October 27th, 2009 at 10:24 am
yalah fared….ang baik n sopan santun..
vogue
March 24th, 2010 at 8:23 am
Fuh.<— tiru ayat kat atas