Salam. Aduh, aku dah skip banyak entri. Bab Puasa, Kerja dan yg terbaru Raya. Sebenarnya tak banyak pun nak kongsi. Sebab hidup aku semakin sibuk dan makin bosan!

Puasa. Aku menyirap sangat bila dengar soalan “BERAPA HARI PUASA?” Eh, apahal pulak. Penuh la. Aduh, cubala tanya malam ni nak tadarus kat mana pulak, kan manis camtu. Ha ha ha. Bulan puasa kali ni berbeza sangat. Dulu sahur makan nasi goreng, ayam crispy dan kuah (tepulang kuah apa yg lebih time bebuka). Tapi tahun ni still ada nasi goreng, tapi rasa tak macam tahun-tahun sebelum ni. Orang lain yg masak. Aku rindu nasi goreng dulu. Ntah bila dapat rasa lagi. Dalam syurga barangkali. Heh~ Terawih pun tak seberapa tahun ni. Sekarang aku keja kadang-kadang sampai malam.

Kerja. Aku dah kerja dekat kedai dobi belah Jitra. Jadi orang jitra la pulak sekarang. Aku ulang alik dari Alor Star ke Jitra; merempit sekarang. Ahaks. Kedai tu baru bukak awal bulan puasa. Kepada saudara-saudara yg ingat aku tuan empunya kedai dobi tu, sorry ya. Tekaan anda meleset. Aku kuli sahaja. Harap Maklum. Ha ha ha. Time aku keja ni la aku rasa bebuka sorang-sorang. Memang menyayat hati. Dengan Tv belum ada waktu tu, pergh~! Aku rasa mat indon yg datang keja kontrek pun tak sesunyi aku. Ha ha ha. Tapi aku cool. Sebab hidup aku memang sunyi. Wah, ni ayat nak tagih simpati ni.

Raya. Tak banyak rumah aku dapat bertandang raya tahun ni. Kepada rumah yg aku tak sempat nak kunjungi dihari raya, tunggu raya haji nanti. Kalau sempat sampai la aku. He he he.

Zaimi & Zaizul BBQ Kambing

Zaimi & Zaizul BBQ Kambing

Majlis Berbuka Malam Akhir Ramadhan

Majlis Berbuka Malam Akhir Ramadhan

Azhar & Aisar main bunga api dengan seni.

Azhar & Aisar main bunga api dengan seni.

Ini Bapak kepada Abah aku. Wan.

Ini Bapak kepada Abah aku. Wan.

Mak Cik Eda dengan anaknya, Aisar

Mak Cik Eda dengan anaknya, Aisar

Paksu Burn, Pakcik Art & Uncle Fared

Paksu Burn, Pakcik Art & Uncle Fared

Makan-makan Di Pagi Syawal

Makan-makan Di Pagi Syawal

Tu Dia! Mat Noq Kadiaq.

Tu Dia! Mat Noq Kadiaq.

Apit, Me, Amat & MNK

Apit, Me, Amat & MNK

Yeh & Kak Caq (ungu) Mat & Kak Jaja (pink) Jat (black) Yis (red) Aisyah (Si Kici) Me (brown)

Yeh & Kak Caq (ungu) Mat & Kak Jaja (pink) Jat (black) Yis (red) Aisyah (Si Kici) Me (brown)

Inilah gambar raya keluarga aku. Setiap tahun tak pernah nak cukup. Tahun lepas Jat (Muhammad Izzat Iliasaq B Ilias) abang sulung aku tak ada. Dia baru balik dari Egypt seminggu sebelum arwah Mak pergi. Tahun ni arwah Mak pulak yg tak dak. Aku redha Ya Allah. Aku gembira begini.

Terima kasih kepada keluarga yg tak jemu-jemu memberi semangat kepada kami. Kepada teman-teman, jauh dan dekat. Anda sentiasa berada di hati. Kepada rakan-rakan yg send sms raya aku mintak maaf kalau ada yg aku tak reply. Terima kasih kepada pembaca blog yg tak jemu-jemu membaca. Aku sangat hargai kamu. Ya kamu siapa lagi! :)