s a n g p e n d u s t a k a l a m
Wah, lagi 2 hari aku dah nak puasa balik. Maksud aku kita semua. Sorry. Tak sabar aku nak slim-kan badan-ku yang sasa ini, hakhak. Hidup aku sekarang? Tak menarik. Tak ada wedding job; maybe bukan musim mengawan kot. Sekarang aku design kad kawin untuk cousin aku yang nak menikah bulan 12 akan datang. Design simple ja. Harap-harap orang suka. huh~
“gagal merancang, merancang kegagalan”, aku takut dengan ayat ni. Walaupun ayat ni tak-lah bengis sangat, tapi maksud mendalamnya buat aku serabut merancang masa depan. Haih~ mengeluh aku sehari-hari. Aku nak jalan yang betul dan lurus. Tolong! Bantu aku kawan. ahh~
singkat tajuk entri ini? entah lah. mungkin akal-ku atau seluar-ku atau hari-ku yang singkat. siapa tahu umur-ku pun begitu.
dari benak ia keluar kesini melalui jejari yang bakal berlari diatas papankekunci. biar asli dan tepu. itu prinsip aku. biar ia habis disini dan jangan di riuh pada keramaian. biar yang tahu sahaja tahu. ini bukan laman komersial. ini hanya penjuru daerah dalam hari-hari aku. tempat aku luahkan kahak amarah ku. taman 'tuk aku semai bahagia hatiku. batu melepaskan air mata ini. sekian.
Leave a reply