artwork-photography-design
30 Jun
Setiap insan punya episod hidup mereka. Suka datang, kadangkala disulam duka yang tak diundang. Hari bermula pagi. Kisah jagat bermula kembali. Lain drama di kota, lain pula skripnya di desa. Buat manusia yang tak pandai mengarang seperti aku, hanya laju menurut kata jari jemari. Alpa aku hanyut dalam hidup sirna aku sendiri. Arghh~
Jiwa aku kosong tapi ada jeritan yang mampu pecahkan kaca setebal kaca mata nenek aku, arwah nenek. Minda aku ramai. Hingar-bingar. Cuba mencari cahaya untuk aku keluar sambil berlari. Tersungkur aku. Parah kotak pikiran. Beku akal ku walau tengah panas.
Karangan gila bukan untuk di guna. Cuma untuk merasa apa luahan si gila. Memahami hidup si hina dan mencari kasih si tua. Walau cetek tapi tepu. Jangan fikir apa-apa.
Sekalung hiburan aku terima tanda rahmat yang terlimpah. Jari masih kuat tapi mental sudah mabuk. Aku mabuk barangkali. Walau setitik ku teguk tetap mabuk. Aku lihat si tua melanggah selaut nikmat masih segar serta tabah. Hati si gila gundah. Mahu jadi macam si tua. Argghhh~
Si gila beradu di bahu jalan, si tua di kaki lima. Di mana si hina?
2 Responses for "karangan gila"
bila ang taip nie ayeq?
aku taip malam sblum mak aku takdak.
dkt umah hang la.
Leave a reply