Salam. Kalau nak cerita tentang masa lampau memang tak habis. Lebih baik bercerita tentang masa sekarang tetapi yang baru lepas beberapa hari. Malam tadi sahabat-sahabat ku datang temankan aku tidur dirumah ku. Baik hati mereka. Bukan aku takut duduk seorangan. Tapi bila aku sendiri, aku akan ingat mak. Bila aku ingat mak, aku jadi sayu lalu meratap.

Sekarang mak tinggal dirumah Mak Ndak di Kulim. Kesihatan mak kurang. Mak dah tak rajin bercakap. Mata mak macam tengah fikirkan sesuatu. Bila ku suruh mak pandang aku, jelingannya sementara. Senyumannya, ah~ jauh sekali. Terkilan aku bila mak dah tak mahu senyum.

Mungkin darah yang tersumbat di saluran otak mak disebabkan kami adik beradik. Ya lah, mak terlalu fikirkan anak-anak selepas abah pergi 10 tahun lepas. Mak seorang wanita yang tabah. Besarkan 5 anak lelaki yang semuanya masih belajar ketika itu. Mungkin mak terasa hati dengan kami. Mungkin mak terasa hati dengan Yed. Yed mintak maaf mak. Yed selalu minta;

YA ALLAH,

PENAUNG SEKALIAN ALAM,

TUHAN MAHA BESAR LAGI MAHA PENYAYANG.

ANDAIKAN UMURKU PANJANG,

AMBIL-LAH SEBAHAGIAN UMURKU UNTUK IBUKU,

TAK RELA AKU LIHAT DIA PERGI DIHADAP KU.

YA TUHAN KU,

HANYA PADAMU AKU SERAHKAN SEGALANYA,

KAU BERI-LAH KEHIDUPAN SEMULA KEPADA IBUKU,

KAMI BERJANJI TIDAK AKAN MELUKAKAN HATINYA LAGI.

YA ALLAH,

TUHAN MAHA PANDAI DAN BIJAKSANA,

BERIKAN IBUKU KEKUATAN,

KERANA DENGAN KEKUATANNYA-LAH KAMI LEBIH KUAT.

YA ALLAH

TUHAN MAHA KAYA.

AKU MEMOHON HANYA PADAMU.

DENGAN HATI DAN JIWA YANG KOSONG,

PENUHKAN-LAH PERMINTAAN KU INI.

AMIN…

Saudara saudari, jika anda terbaca disini, tolong saya merayu. Tolong doakan untuk mak saya. Terima kasih