s a n g p e n d u s t a k a l a m
Salam. Fuh~ Letih gila aku sepanjang 3 hari ni. Datang Shah Alam rumah Uncle aku dekat seksyen 4. Aku cover wedding sepupu aku, Eddy dan pasanganya Nisha. InsyaAllah aku akan upload gambar-gambar wedding kemudian. Malam ni aku bertolak jam 11:30pm ke Butterwoth.
Shah Alam bukan macam aku bayangkan. Rupanya Bandaraya ni tenang dan senang hati aku tengok. Kadang-kadang rasa nak bermaustatin kat sini saja. Tapi aku punya tanggungan di Alor Setar. InsyaAllah kalau ada kesempatan aku akan datang lagi.
Aku nak balik jumpa mak aku. Mak ndak cakap Mak makin teruk. Aku risau. Aku call mak tadi. Suara Mak tak bermaya. Mungkin tak semangat bila anak-anak tak ada kat sebelah dia.
Nantilah aku sambung. Nak mandi manda dulu.
dari benak ia keluar kesini melalui jejari yang bakal berlari diatas papankekunci. biar asli dan tepu. itu prinsip aku. biar ia habis disini dan jangan di riuh pada keramaian. biar yang tahu sahaja tahu. ini bukan laman komersial. ini hanya penjuru daerah dalam hari-hari aku. tempat aku luahkan kahak amarah ku. taman 'tuk aku semai bahagia hatiku. batu melepaskan air mata ini. sekian.
Leave a reply