Salam. Aku memanggil bapaku Abah. Waktu aku kecil aku tak suka abah aku. Tak bermakna aku benci abah aku. Cuma sifat tegas abah buat aku rimas. Bagi aku, aku lebih sayangkan mak aku kerana sifat keibuan mak sangat menyerlah. Pendek kata, mak, mak, mak, baru datang abah. Tapi itu dulu.

Selepas apa yang mak aku cerita, persepsi aku tentang abah sangat berbeza dan ternyata jangkaan aku salah belaka. Apa kata mak;

1) Abah seorang yang bertanggung jawab. Setiap apa yang abah buat semua abah dulukan keluarganya.

2) Abah memang garang dan tegas. Tapi garang dan tegas itu untuk jadikan anak-anak abah berjaya masa hadapan. Supaya kami 5 beradik menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

3) Abah selalu marah bila Fared makan banyak. Abah tak mahu anaknya kelak jadi seorang yang hidupnya untuk makan, bukan makan untuk hidup.

4) Waktu mak mengandungkan kamu semua, abah lah orang yang bersusah payah menjaga mak dan kandungan mak. Apa yang mak idam, semua abah sempurnakan. Mak tak boleh buat kerja-kerja berat waktu mengadung, jadi abah lah yang lakukan semua kerja-kerja berat.

5) Abah… Kalaulah abah masih ada……

Mak menangis kenangkan abah yang sudah pergi menghadap Ilahi 10 tahun lalu.

Aku sedar sekarang, mak atau abah, masing-masing punya pengorbanan yang kita tak sedar. Kepada anda yang masih mempunyai abah, ayah, bapa, walid, papa atau apa sahaja panggilan untuk ketua keluarga anda itu, hargai mereka sepenuhnya. Harta, kawan dan cinta datang selepas mereka.

Terkenang kisah aku dengan abah waktu kecil.

Abah akan suruh kami 4 beradik (adik aku belum lahir masa tu) duduk dan hafal sifir. Kalau gagap, hinggap la lidi dari penyapu lidi yang abah jadikan rotan. Aku selalu kena rotan. Tapi sebab abah rotan aku jadi seorang yang bijak. Terima kasih Abah.

Sama juga dengan bacaan Muqaddam. Aku dulu guna Muqaddam warna kuning, masih ingat lagi. Aku belajar sebutan maghraj dengan betul. Sampai sekarang Alhamdulillah, betul belaka sebutan maghraj aku. Terima kasih Abah.

Hujung minggu abah akan ‘paksa’ kami berjogging. Bab ni, memang aku pemalas. Kami kena pusing satu bulatan kira-kira 1.2km. Abah akan tunggu di tempat mula. Bila aku lalu depan abah, aku akan jogging, bila abah dah hilang dari pandangan aku terus jalan sahaja. Hingga lah nampak abah akan aku jogging kembali. Sekarang, walaupun aku ni berisi, aku tetap berstamina.Terima kasih Abah.

Bila abah nampak aku melukis, abah bagi semangat dengan memuji lukisan aku. Padahal aku sedar, tak secantik mana pun lukisan aku tu. Senyum aku sendiri. Terima kasih Abah.

Ketawa, sedih, rindu bila kenangkan masa dulu.

p/s: kalau abah masih ada, akan aku peluk dan cium pipi abah dan cakap, “Ayed selalu sayangkan abah dengan mak….

Al-Fatihah~ Ilias B Ramli (10hb Jan 1953 – 27hb Oct 1998)