s a n g p e n d u s t a k a l a m
Salam. Walau hari jadi, ibu dan guru tarikhnya berlainan, bagi mak
aku adalah sama. 9mei, 10mei dan 16mei. Mak aku seorang ibu dan guru
yang terbaik. Malah peribadinya sangat indah. Kagum aku bila ke
sekolahnya waktu pembelajaran berehat. Ramai yang tegur mak aku. Mak
aku walaupun garang, tapi murid-murid tetap sayangkan dia. Aku tak tau
nak cerita apa sebenarnya….
aku tak boleh tido…. mak aku sakit sekarang ada di hospital swasta
di Pulau Pinang. Doktor cakap tak kritikal. tapi aku tetap
risau.tak pernah mak aku sakit macam ni. petang tadi ramai yang
datang melawat.. Terima kasih kepada yang datang melawat.
Aku juga nak ucap terima kasih dekat Kak Ery & Abg Din sebab terlalu ambil
berat tentang kesihatan mak aku. Kepada Mak Lang Som, dah 2-3 hari jaga
mak aku dekat wad. Kepada Mak Ndak Ta, bagi aku menginap kat rumah dia,
mandi, online, taip entry ni…
Terima Kasih kepada semua yang terlibat.
p/s: Tolong doakan kesihatan mak aku. Terima kasih.
dari benak ia keluar kesini melalui jejari yang bakal berlari diatas papankekunci. biar asli dan tepu. itu prinsip aku. biar ia habis disini dan jangan di riuh pada keramaian. biar yang tahu sahaja tahu. ini bukan laman komersial. ini hanya penjuru daerah dalam hari-hari aku. tempat aku luahkan kahak amarah ku. taman 'tuk aku semai bahagia hatiku. batu melepaskan air mata ini. sekian.
Leave a reply