faredsyauky.com

You are currently browsing the archives for August, 2008.

Im Home… ;)

Salam, aku sekarang sedang mengikuti kursus membuat manisan anjuran Maktab Kerjasama Malaysia di Jalan Templer PJ. Ini dah masuk hari yang ke-4 aku kat sini. Sebenarnya kursus ni dikhususkan untuk golongan veteran yang telah pencen dan sedang menjalankan perniagaan produk minuman atau manisan seperti cincau, cendol dan tapai. Tapi memandangkan aku ni freelance, aku pun ikut serta program ini. Best jugak, aku la yang paling muda sekarang. Tahap umur lepas aku 41 tahun dan ke atas. ;) So, ada la yang jadikan aku anak angkat, dan sebagainya. Walaupun mereka ni ‘orang lama’, tapi semangat untuk maju ke hadapan sangat menyerlah. Mereka ‘orang lama berjiwa muda’ :) InsyaAllah lepas habis kursus ini aku nak start buat cendol untuk dipasarkan. ;)

Semalam (26hb) aku dapat satu berita gumbira :) ;) Datuk Sri menang. Hakhak. Tahniah untuk Datuk Sri kerana menang. Nanti kita lepak2 minum. ;)

moral: jangan kempen guna bahasa cina :D

 

Posted 2 months, 3 weeks ago at 10:29 pm.

Add a comment

Harian Metro dan NSTP harus mohon maaf kepada KEDAH

Salam. Berita 9 Ogos lepas membuatkan saya terkejut apabila tajuk berita pada hari itu “Pejabat MB Kedah Beri RM20.00 - Pengawal perlu bantuan rawat cucu hidap leukimia”. Tapi hari ini HarakahDaily telah membetulkan kenyataan dari pihak Metro dan NSTP itu. Untuk berita selanjutnya klik pada link HarakahDaily.

Aku naik hairan. Semenjak Kedah bertukar kerajaan negeri, boleh dikatakan setiap malam ada liputan dekat tv cerita tentang keburukan di kedah. Dulu pun banyak jugak benda tak elok jadi, tapi tak pernah nak buat liputan pun. Munkin sebab ‘mereka’ yang pegang media sekarang ni. Tapi aku bersyukur sebab negeri Kedah tetap aman.

Esok Saudara Anwar dah berkampung di Permatang Pauh. Nantikan kemunculan beliau di pasar, pasaraya, gerai-gerai berdekatan Permatang Pauh. :)

Sinar Baru Untuk Malaysia…..

p/s: maaf lari tajuk asal.

Posted 3 months, 1 week ago at 3:31 pm.

Add a comment