faredsyauky.com

You are currently browsing the archives for June, 2008.

chedet.com

aku pun tak faham, apa yang diaorang takut sangat sampai nak kacau blog-blog yang menetang diaorang. Takut apa ya?  Takut rahsia dibongkar? Takut rahsia depa orang awam tau? Apabenda la diorang ni. Lepas Anti-KJ punya blog kena hack, sekarang che det punya pon depa berani buat hal. Penakut betul penyangak negara ni.

p/s: takut kerana salah. banggang betui!

Posted 4 months, 4 weeks ago at 1:22 pm.

Add a comment

warkah untuk PM

Salam Hadhari Pak Lah.

Surat ini dari orang kampung. Kami sepakat nak habaq yang kami semua sangat seronok dan bangga sebab ada PM macam Pak Lah ni. Bukan senang nak cari al-ghazali PM macam Pak Lah. Bini segak, otak geliga, keluarga bahagia, faham perasaan rakyat pulak tu. Saya mewakili kaum kampung ni mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pak Lah dengan kenaikan harga minyak baru-baru ni. Zaman Mahathir dulu minyak naik sikit-sikit ja, dia tak pandai. tak geliga macam Pak Lah yang kami sayang ini. Hidup!

Sebelum ni, Pak Lah dah buat macam-macam untuk kami. Koridor hapa benda tak tau yang memang mendatangkan untung untuk rakyat Malaysia. Belipat perutmupaklah kali ganda untungnya kepada KAMI. Pak Lah juga memang perihatin kepada petani-petani. Petani kat sini semua ucap terima kasih sangat-sangat sebab naikan juga harga diesel. Dulu naik lori PickUp. Tapi diorang sekarang dah kayuh gherek (basikal). Badan pun sihat. Baru boleh ubah gaya hidup kami. Hidup!

Lepas ni kami dengar Pak Lah nak buat Masjid Hadhari pulak kan? Memang tokoh Isalam Hadhari betul. Kami rasa sangat bertuah atas pimpinan Pak Lah dan kroni-kroni Pak Lah. Masjid tu nanti boleh kita jemaah beramai-ramai dengan menganut Isalam Hadhari yang lain. Kami sayang pak lah. Hidup!

Pak lah juga seorang yang pandai bergurau dan berjenaka. Malam cakap “Haih, mana ada. Parlimen tak akan dibubarkan dalam masa terdekat. Harap maklum”. Esoknya “Parlimen dibubarkan.Titik.” Agaknya malam tu Pak lah mimpi buruk kot. Betoi ka macam tu? Mimpi kalah 5 negeri ka? 5 negeri yang kalah tu bukan sebab apa. Geng pembangkang semua main rasuah. Kami memang tau Pak lah memang tak pernah rasuah. Sebab tu kami sayang lagi kat Pak lah. “Harga minyak naik bulas ogos”. Kepala bapak dia, kami semua terkejut bila minyak naik 5Jun lalu. Pak lah suka suprise party eh?? ;) Kami pon suka jugak. Hidup!

Pak lah, bila nak balik kampung ni? Ramai orang kampung duk tanya nu. Tak sabaq depa kata nak jumpa. Si Leman anak Lebai Man ada sebelah saya ni, duk asah parang. Nak sembelih kambing tua dia kata. Keluaq kandang berak merata, orang pakat marah abih kat dia. Jahanam punya kambing tua. Suka lena dalam majlis pulak tu. Susahkan orang ramai. Tak dak hati perut. Penyamun harta rakyat tuan. Tak pandai ekonomi.

Maaf Pak lah, melalut pulak. Yang saya tulih tadi bukan kata kat pak lah tau, kata kat kambing tua tu. Hidup!

Untuk Pak Lah, PM Fevret kami.

p/s: warkah ini aku jumpa kat dalam hati aku. :D

Posted 5 months ago at 5:05 am.

3 comments

Cari Menantu

Tersebut-lah kisah…

Di satu kepulauan ada seorang ketua kampung yang lebih popular dengan panggilan Bapak Kades. Walaupun namanya begitu, namun kecantikan anak daranya tiada tandingan dalam pulau itu. Cukup umur anaknya 17 tahun terus Bapak Kades nak cari kan bakal suami untuk anaknya. Diarahkan pengawal-pengawal membuat banner yang tertulis “Pertandingan Memilih Menantu Bapak Kades“.

Pada hari yang di tetapkan, datanglah berpusu-pusu golongan lelaki dari yang baru akhil baliq hingga ke tua kerepot nak mampos dah. Semuanya tergilakan anak Bapak Kades yang cun melecun tu. Lalu Bapak Kades sebagai penganjur menisytiharkan syarat-syaratnya.

Beliau lalu mencapai mikrofon dari tangan pengurusi majlis. “Kamu semua nampak kerbau tua tepi pokok kelapa tu??” semua menoleh ke arah kerbau tua. “Nampak!!” gema suara lelaki-lelaki tadi. “Siapa yang dapat buat kerbau jantan tua tu bersila, dialah menantu aku!“. Tanpa berlengah, semua peserta balik mengambil barang masing-masing.

1 jam kemudian, datang kesemua peserta tadi. Si Jamal dengan cangkulnya, si Anjang dengan tali kapal, si Mawi dengan scop tanah dan macam-macam lagi. Pendek kata semuanya datang membawa barang masing-masing. Tapi si Hameed (india mualaf a.k.a mamak) ni bawak sejengkal kayu sahaja. Ramai yang tertawakan beliau, ada yang menyuruh beliau pulang sahaja. Tapi Hameed hanya tersenyum menampakan giginya yang putih dan ketara.

Si Jamal mencuba sehingga habis peluh beliau membasahi baju. Cubaan dari Anjang, Mawi dan lain-lain juga gagal. Akhirnya Hameed datang dekat dengan kerbau jantan tua tadi bersama kayunya yang sejengkal. Lalu Hameed lantunkan kayu tersebut tepat ke testis kerbau tua tadi. Apa lagi, terduduk kerbau jantan yang tua tu.

Bapak Kades jadi bimbang “tak mungkin mamak ni jadi menantu aku…” keluh nadinya. Lalu Bapak Kades membuat helah untuk membuka peluang kepada lelaki-lelaki lain. “Maaf, pertandingan awal tadi batal ye. Ada syarat baru. Kalau en.Hameed menang lagi, saya redha je..” en.Hameed hanya tersenyum. “Sesiapa dapat tolehkan kepala kerbau jantan tu jadi menantu aku!

Semua lelaki yang patah semangat tadi jadi bertenaga kembali. Pelbagai cara diguna, kerbau masih degil dengan kepala kerasnya. Ada yang berkongsi tenaga, ada pula yang guna besi keluli. Tapi semuanya hampa belaka. Hameed bersuara “Bapak Kades, ini macam saya boleh cuba juga“.”Try la kalu engkau teror” kata Bapak Kades seperti melemahkan semangat.

Perlahan langkah kaki Hameed.Hameed berdiri betul-betul tepi kepala kerbau tadi dan berbisik, “kau nak kena macam tadi lagi??“. Dengan serta merta kerbau jantan tua yag bersila tadi menoleh kepala ke kiri dan ke kanan. Hameed hanya tersenyum memandang Bapak Kades. Bapak Kades pula terkulai layu dan pasrah sahaja. :D

Sumber: cerita dari teman lama.

Posted 5 months, 1 week ago at 6:24 am.

Add a comment

Kerja.Kerjaya.Kejayaan

Kerja. Ada macam-macam kerja dalam hidup ni. Dari buruh ke profesional. Makan gaji, kerja sendiri, pelabur dan usahawan. Ada kerja halal, ada kerja haram. Kita dapat dan mampu memilih kerja yang baik untuk kehidupan yang baik. Kerja yang haram, jahat dan hitam dapat memesongkan kita dari jalan yang betul. Kerja yang bermutu disukai dan kerja yang sekadar melepaskan batuk di tangga tidak akan dipandang. Kerja yang mulia dihormati manakala kerja yang keji dihina. Ada juga kerja yang mulia dihina oleh secebis masyarakat. Mungkin kerana jijik dan kotor. Sedar ataupun tidak, jika tiada orang seperti mereka, kotor-lah Malaysia kita bahkan dunia yang sirna ini.

Kerjaya. Ia datang selepas kerja yang anda sendiri pilih. Kerjaya yang bersambung minat akan membuatkan anda menjadi tekun, rajin dan proaktif. Kerjaya seperti Doktor, Peguam, Pengurus Bank, Pegawai Polis, Akaunten dan pelbagai lagi akan mendatangkan pulangan atau dalam bahasa yang lebih mudah pendapatan yang lumanyan. Pendapatan ini pula dapat menaikan motivasi diri anda supaya lebih tekun dan keras bekerja sebagai apa pun anda. Kerjaya seperti Penternak Kambing, Pengusaha Cendawan dan Penternak Ikan Keli, Peniaga Kain Batik, Penjual Telur Ayam, Pesawah, Penoreh Getah pula ada-lah lebih mencabar kerana ia memerlukan komitmen dan usaha yang lebih berbanding kerjaya yang disebutkan awal tadi. Apabila usaha, komitmen dan risiko tinggi, maka pulangan atau pendapatan akan lebih dan berlipat kali ganda.

Kejayaan. Ia datang dari kerja dan kerjaya yang baik dan teratur. Apa sahaja kerja dan kerjaya anda, asalkan ia baik, teratur, lancar dan berkesan pasti kejayaan menanti di hadapan. Kejayaan bukan bererti anda berjaya selamanya. Anda perlu megawal kejayaan anda dengan berdoa, meminta dariNya agar kejayaan yang DIA berikan akan kekal dan sejahtera

Posted 5 months, 1 week ago at 11:41 pm.

2 comments

Kroni

Assalamualaikum.

Semalam aku ada meeting sikit pasal projek baru. Kawan aku ni mengeluh dan terus mengeluh. “Harga kayu naik, bata naik, simen naik, suma-lah naik” kata beliau. “Minyak tu macam ibu barang-barang, sebab tu pakat naik habih” aku kata dekat kawan aku tu. Sembang pasal projek dalam 30minit ja, lepas tu sambung sembang pasal politik la pulak. Kawan aku cakap, Pos Malayisia salah satu kroni en.lah. Mungkin ramai yang sudah tahu, tapi aku baru tahu (lambat sikit aku ni). Kenapa perlu guna wangpos untuk bagi duit subsidi (kononya) kepada rakyat. Begini.

Jika kerajaan guna wang pos, wang pos sendiri akan ada charge sebanyak rm2 (kata kawan saya). Charge tersebut akan dibayar oleh kerajaan. Mana kerajaan dapat duit tu semua? Duit kita jugak. Berapa kenderaan yang bergerak diatas jalan di seluruh Malaysia bumi terchenta ini? 36 Juta (kata kawan saya). Jadi, 36 x 2 bersamaan = 72 Juta.

Wow! 7 keturunan pun makan tak habis. Tapi kalau bagi dekat Sleepy Head, dia guna dalam masa sehari ja :D

sekian.

Posted 5 months, 1 week ago at 12:24 pm.

Add a comment