Sempurna. Itu yang selalu manusia kebanyakan idam-idamkan. Hidup yang sempurna. Pasangan yang sempurna. Hari yang sempurna. Kawan yang sempurna. Apa saja, semua yang sempurna. Pernahkah anda lihat diri anda? Sesempurna manakah anda? Anda sendiri yang menilai. Aku pun tak sempurna. Tapi masih mahukan kesempurnaan. Ada apa dengan sempurna? Mari kita terjah.
Seorang ketua atau pemimpin yang baik juga tidak disenangi malah terkadang dibenci. Kenapa? Kerana beliau tidak sempurna. Kita selalu mendengar kata-kata ini ” aku tak kisah rupa paras, janji hati baik“. Sebenarnya, orang yang ungkapkan kata-kata itu juga mahu pasangan yang sempurna. Siapa yang tidak mahu kesempurnaan? Ah! Anda tipu jika anda kata anda tidak mahu itu. Aku juga mahu, anda juga mahu, yang berada disebelah anda juga mahu, dia juga mahu, mereka semua mahu, kita semua juga mahu, tetatpi, kita akan menafikan kemahuan kita kadang-kadang. Mungkin risau di label cerewet atau seumpamanya
Jadi, jangan-lah kita terlalu mengejar kesempurnaan. Terima apa yang kita ada. Syukuri nikmat Allah yang diberi kepada kita. Aku berpesan kepada aku dan kawan-kawan sekalian.
Sekian.
Posted 5 months, 3 weeks ago at 3:33 am. Add a comment
Anda ingin melihat hasil kerja seni aku? Tak ada-lah se-seni mana pon. hehehe . Tapi aku puas bila aku yang take,edit and show-off-kan gambar-gambar aku. Aku memang suka ambik gambar terutama gambar langit yang ada awan cantek, gambar kekanak, gambar keluarga aku, gambar awek cun, tak cun pon aku amik gak.ahaks.
klik kat sini untuk tengok hasil kerja aku.
sekian.
Posted 5 months, 3 weeks ago at 3:23 am. 1 comment
Apa saja panggilan anda kepada mereka, ia tetap membawa maksud dan erti yang sama. Bagi aku, aku memanggil Mak. Kadangan2 ada la saja2 gatai panggil mummy, mom, ahaks. Selamat Hari Ibu, Selamat Hari Guru dan Selamat Hari Lahir Mak ku, Salmah Bt Ismail yg menyambut hari lahir beliau pada 9 mei lepas, menyambut hari ibu semalam dan bakal menyambut hari guru pada 16 mei ini. Beliau adalah seorang ibu yg terbaik.
Mungkin ibu anda juga adalah ibu terbaik bg anda. bagi aku, aku rasa teramat bersyukur sbb mempunyai seorang ibu yg sentiasa memahami, menyokong dlm apa jua bidang aku ceburi, menasihati aku tak pernah jemu.
Beliau juga seorang guru yg disayangi murid atau Chekgu Fevret di sekolah beliau. Cakap aku bkn sekadar ingin memuji, tetapi ia terbukti pada setiap tahun pasti mak aku akan mendapat berbakul2 hadiah yg diberi oleh muridnya yg masih belajar dan yg sudah tamat sekolah.
Mak aku juga seorang insan yg baik. hatinya selalu baik pada manusia. jika ada 2 penjaja yg menjual barangan yg sama, mak aku akn beli pada penjaja A sedikit, penjaja B sedikit, katanya “Kesian kt depa”. aku terharu dgn perlakuan mak aku sendiri. begitu mulia hati mak aku. Aku harap hati aku akan jadi mcm Mak aku.
Selamat Hari Ibu dan Hari Guru kepada semua Ibu dan Guru seluruh dunia!
sekian.
Posted 6 months, 2 weeks ago at 6:58 pm. 2 comments